Wednesday, March 16, 2011

A man always loose from two things...
first, time and second love..
both r equally...
time can not belongs to anyone and love can't be done by everyone....... :(

Sunday, March 6, 2011

cerita seram..

untuk entry kali ni... aku nak cter pasal hantu... xdela seram un... tp aku na cter yg penah aku dgr dari mmber2 and aku alaminye sendiri..

cerita pertama :

malam tu sunyi sgt.. aku pown xtaw la knape an... mybe coz family aku xde.. dorang kluar g mane xtaw la.. biasenya aku xikowt family aku kluar.. aku cume keseorangan at uma.. ske dok sowg2... so, mlm tu aku xtaw na watpe an.. aku ngadap la pc aku.. apa lg kn.. main game je la aku taw.. lame jugak la aku main game.

xtaw smpai kol bpe time tu.. yg pasti xde la lwat sgt.. cume suasana kg ni sunyi la cket kalo mlm2 an.. sedang aku best2 main game uwh.. tetibe2 pintu dpan terbukak.. aku leyh tgk la ngan ujung mta aku nie.. aku xkesah sgt la.. mybe nnek aku or kazen aku naik coz dorang biase datang uma aku.. so, aku wat xtaw je la... pintu tu mmg terbukak la..pastu an... hurm,.... ade seorang tua msok jalan n trus msok ke dapur uma aku.. aku xkesa un time tu.. cuma aku plik la.. nnek aku xtgur lak aku.. naik cm tu jer.. biasenye die akan tgur aku..

bg aku.. mybe nnek aku na ambik brang kot.. tu yang die msok uma trus g dpor.. bru je "nnek" aku tu msok dpur.. aku trus tgl an pc n pergi at "nnek" aku tu.. aku msok dpur... perghhh.......... tetibe... cube korang imagine... aku tgk xde orang pown kat dpor!!!!!!!!! pintu dpor berkunci dari dalam... meremang gler bulu roma aku time tuh... haihh.. ape bende aku tgk -.-

aku xpuas ati.. so aku kuar uma.. g umah nnek aku... aku tgk nnek aku ade jew kat uma die.. ngah tgk tv... nnek aku bgtaw die dari isyak tgk tv.. xde un pergi ke rumah aku... adoi... ape aku tgk.. aku ngat nnek aku na bgraw.. tp die ckp xde pown pergi... hurm... sape..??? sampai skunk aku pk.. ape bende yang msok umah aku.. hanya Allah yang tahu.. tp ape yang aku tgk... kelibat orang tua... ala2 bju putih cam tu... hurm...

nanti la aku update dari masa ke smasa.. mlas lak na taip pnjang2..

Wednesday, March 2, 2011

graduation.. :3




sesi b'gambar ngan kwan2 msa konvo dorang haha.. aku je x... mmber2 uma aku da konvo... (konvo la sgt en)

Saturday, February 26, 2011

kL trip..



aku xtaw na cte ape la utk entry kali nie..tp xpela.. cter sal trip g kL... 3 hari 2 mlm... mcm2 tempat g... penat la jgak an... besh un de.. xbesh un de.... :) besama kawan2 ronda2 kL.. best la.. hehe... ni gambar at istana budaya.. festime msok istana budaya.. tgk pentas n mngenali owg2 di sebalik tabir istana budaya nie.. artis xde un time ni.. xde show an.. wahaha... knal2 ngan fotographer negara..

time g muzium seni.. pat la tgk lukisan2 yang cantik dan unik.. ade yg conteng2 jew.. tp harga RM 7.5 juta.. =.= xphm la aku cmne dorang nilai.. haha... sebelum tu ktorang g at kraftangan Malaysia.. mcm2 la pat tgk at sane... ukiran2.. seni batik.. tp xbeli pape un.. haha.. coz mhal2 jew.. byk batik kelantan.. ala.. at kelantan un ade... murah ag sne.. hehe..

ari terakhir.. g la at muzium kesenian Islam.. at Shah Alam.. tgk Al-Quran dari pelbagai negara.. cara dorang buat corak at Al-Quran tu.. sume cantik2.. halus je.. mmg ambik msa la na buat.. dpt tgk replika Al-Quran termahal dunia..yang asli.. xleyh tunjuk.. smpan je at blik kebal.. :) tp cyes la mmg cantik.. huhu... tringin gak na blajar tulisan Khat.. lawa sgt.. ktorang tgk gak cara akak2 n abg2 at muzium tu wat tulisan Khat n corak2 Islam.. lawa.. mmg dorang bebakat la an.. hehe... :)

Smlm la bwu balik.. lam kol 5 ptg gtu la btolak balik dari kL.. penat xla ase sgt an.. at least dpt la jgak ilmu tu.. :)

p/s : mmg kelakar la g trip nie.. mcm2 hal la ngan mmber2 aku... hahaha.. kitorang je taw..

Wednesday, February 23, 2011

20 Perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’ Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?
5. EGO Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.
6. MENIPU Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.
7. PERASAN Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
10. CEMBURU BUTA Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!
11. MATA DUITAN Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
13. PANAS BARAN Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!
14. KAKI MEROKOK Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.
15. PENGOTOR Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.
20. SUKA KONTROL MACHO Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

KENAPA WANITA BERBOHONG

Umumnya, wanita berbohong bukannya Dsebabkan mereka tiada arah tuju atau cuba mencipta sesuatu perkara yang tidak masuk akal. Terdapat beberapa alasan yang mendorong mereka melakukan hal ini. 1. Balas Dendam Sekiranya kamu berani mengkhianati cintanya, dia juga akan berani membalasnya. Bahkan, dia lebih hebat daripada kamu. Walaupun tindakannya itu telah Dketahui, mungkin dia sengaja melakukan sedemikain. Ramai wanita mempunyai cara tersendiri saat menghadapi situasi pembohongan yang Dlakukan kekasihnya. Malah, dia juga berani melalukan dengan secara tersembunyi, tanpa pengetahuan kamu. 2.Urutan Kasih Wanita sememangnya meninginkan dirinya Dcintai dan Dhargai. Apatah lagi, mengharapkan sebuah percintaan yang tiada titik noktahnya. Lebih² lagi daripada insan tersayang. Mereka ingin menjadi wanita pertama Ddalam hidup kamu dan bukanya berada Dtangga kedua atau berikunya. Sekali kamu menduakan cintanya, dia akan berkali-kali mengkhianati hidup kamu. 3.KekerasanKini ramai wanita semakin sedar tentang pentingnya penghargaan yang patut Dterimanya. Salah satunya ialah bersikap tegas ketika pasangan melakukan kekerasan (umunnya secara fizikal) kepadanya. Mungkin pada awalnya dia akan cuba bertahan, tetapi apabila kamu kembali mengulanginya tindakan tersebut, mereka yakin masih ramai lelaki Dluar sana yang dapat menghargai dirinya yang jauh lebih baik daripada kamu. 4.Hambar Wanita begitu gemar hal² yang remeh temeh atau kecil. Misalnya hari ulang tahunya, hari lahir kamu berdua atau hal² istimewa lainya. Hati² bila bila kamu menganggap semua ini sebagai hal yang remeh. Apatah lagi apabila selama ini, si dia selalu menguruskan hal yang melibatkan pengorbanan demi kekasihnya 5.Seks(Utk org dah kawin) Meskipun kamu tidak memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap si dia, ketidakpuasan dalam urusan seks mampu memberi kesan yang mendalam terhadap perhubungan.Ingat, akibat kurangnya layanan seks ia akan mendatangkan kesan bahaya dalam perkahwinan. Oleh itu, segeralah mencari jalan penyelesiannya. 6.Cadangan Saat putus cinta, biasanya kaum wanita lebih cepat ‘menderita’ ketika menghadapi hari² mendatang sebelum mampu bangkit semula untuk hidup gembira. Ini kerana, sewaktu dia mendapat petunjuk bahawa perhubungan itu tidak dapat bertahankan lagi, mungkin dia akan mencari pengganti kamu. Jadi. Sekiranya kamu benar ² mencintainya perbaikilah hubungan kamu dengan segera. 7.Jejaka Masalah Maksudnya, terdapat banyak perkara Dsekeliling kamu yang membuatkan pasangan merasakan kamu tidak Dperlukan lagi. Sebabnya, selain menjalani hubungan cinta yang sudah tentunya tidak lepas daripada masalah. Kamu juga harus menangani karakter kekasih yang semakin berani. Ingat dia bersikap sedemikian Dsebabkan kamu memulakanya dahulu. 8.Hubungan tiada kesudahan Kebiasaannya saat menjalani hubungan dengan pasangan, wanita menginginkan adanya hubungan yang penuh komitmen iaitu hubungan yang diakhiri dengan keputusan membanggakan. Apabila sudah lama menjalin hubungan cinta, tetapi tiada keputusan untuk ke jinjang pelami, wanita akan berfikir bahawa kamu tidak lagi meningingkan dia dalam hidupnya. Jadi buat apa menunggu kamu dengan lebih lama? 9.BosanHal ini muncul Dsebabkan dia terperangkap dalam runtin hariannya sama ada kerja rumah mahupun hubungan yang Djalinkan itu begitu membosankan. Baginya jika kamu tidak memberikan perhatian yang Dharapkan dan waktu kamu pula lebih banyak Dhabiskan untuk urusan lain, biasanya wanita akan mencari jalan penyelesaiannya yang tersendiri. Perlu Dingatkan bahawa wanita gemarkan suatu kejutan dan selalu inginkan dirinya lebih istimewa. 10.Hubungan tidak DdugaPada awalnya, dia berasa terlalu selesa saat menjalin hubungan dengan kamu. Tetapu ternyata, dia tidak menikmati kehangatan bersama dan terasa begitu terikat dengan kamu. Tidak hairanlah apabila kamu masih cuba membawanya kesana kesini, dia mula bersikap dingin kerana sudah menyerahkan seluruh perasaannya kepada insan lain.

.....